Isnin, 12 Januari 2009

Paparan Media Zionis



kT terpanggil untuk menaip apabila terdengar perbahasan parlimen tentang pencerobohan dan serangan Israel terhadap Palestin. Apa yang menarik adalah isi perbahasan yang telah disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim sambil menunjukkan beberapa paparan gambar menyayat hati yang disiarkan oleh media tempatan namun, tidak disiarkan oleh media barat.


Lalu kT pun membuka beberapa website suratkhabar US. Ternyata benar dakwaan DSRY. Yang menjadi tajuk utama berita ialah Bush, Obama, Europe, dll. Tentang Gaza, ada. Tetapi hanyalah berkisar tentang kemaraan tentera Israel, seolah-olah tiada penderitaan yang dihadapi Palestin. Begitu juga gambar. Yang dipaparkan kebanyakannya gambar kemaraan askar Israel dan tunjuk perasaan penduduk Palestin. Selain itu, gambar tunjuk perasaan seluruh dunia. Maka terkuburlah kisah derita rakyat Palestin. Jangan haraplah nak siarkan gambar-gambar penderitaan rakyat Palestin seperti mana yang disiarkan oleh media-media di Malaysia. Kalau ada pun, alahai...... macam nak cukupkan syarat saja. Ciput. Kalau search image guna search engine pun gitu. Tak banyak result gambar penderitaan Palestine.
Namun kita harus terus berjuang demi saudara-saudara kita di sana. Takkan bertahan dengan pembohongan berterusan. Akan terbongkar jua nanti. Mungkinkah kita juga harus 'boycott' software2 dari US? Jika boleh, apa alternatifnya? Kita masih lagi bergantung pada teknologi mereka. Kita harus kuasai perisian komputer atau menggunakan perisian yang bukan dari US. Tetapi ianya sungguh sukar, bukan?
Pilihan yang ada selain dari itu adalah menggunakan 'pirate'. Dari segi etika memang tidak baik, akan tetapi fikirkan kembali. Adakah mereka mempunyai etika dengan bersikap berat sebelah? Pada saat ekonomi US meruncing inilah masa terbaik untuk 'mengajar' mereka. Biarpun kita dianggap seperti semut, kalau dah digigit tetap sakit jua.

3 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Betul media barat tak siarkan berita berita dan gambar gambar kekejaman Israel di palestin..

http://www.topix.com/forum/world/brunei/TLCFOGCACGUHH4AC9

tu link buktinya...

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Semua,
Sememangnya fakta ini adalah tetap!!!
Seharian mencari keterangan di alam maya ini, masih tiada ketemu apa-apa maklumat terbaru mengenainya.

kerisTITANIUM berkata...

maklumat sudah ditapis agar tak nampak kekejaman di pihak mereka. kemudian di'highlight'kan tidak tanduk pejuang Palestin agar nampak seolah Israel yang teraniaya.