Rabu, 14 Januari 2009

Pendapat seorang sahabat


Tidak lama dahulu pernah kT berbicara dengan seorang sahabat, Umar(bukan nama sebenar). Topiknya ialah bangsa Yahudi. Menurutnya, dari permerhatiannya selama ini, Yahudi bukan hanya sebuah bangsa. Yahudi juga adalah suatu sifat di mana sifat-sifat ini walaupun tidak kesemuanya, sedikit pasti ada pada hampir setiap umat Islam di dunia hari ini. Banyak sifat-sifat yang dihuraikan. kT tak ingat kesemuanya. Diantaranya ialah dengki, sombong, angkuh, riak, zalim, tamak, dusta dan macam-macam lagi. Lalu ditanya pada kT, adakah kT ada sifat-sifat tersebut?

Sebagai insan biasa, kT akui memiliki sifat-sifat itu cuma tak tahu paras mana. Menurut Umar, untuk memerangi bangsa Yahudi, kita harus memerangi sifat-sifat Yahudi yang ada dalam diri kita. Yahudi memang bijak. Disogokkan kita dengan propaganda halus supaya kita berpecah, menjauhi Al-Quran, merasa takut untuk mati, dan sentiasa lemah. Kalau tidak, masakan bangsa Yahudi yang cuma sedikit, di mana jika kita meludah seorang sekali sahaja maka tenggelamlah Israel, begitu kuat dari segi politik, ekonomi, persenjataan dan teknologi.

Lalu kT tanya Umar, apakah sifat jahat pertama yang harus kita jauhi? Umar berpendapat, dia amat takut dengan apa yang ada pada dirinya sendiri. Sifat marah. Memang tidak mudah mengawal marah. Sebagai contoh, Rasulullah S.A.W ketika mula-mula berdakwah dan menyebarkan syiar Islam, baginda pernah dilontarkan batu dan najis. Kalaulah kita yang terkena, bagaimana? Namun adakah baginda marah? Tidak. Baginda hanya tersenyum saja. Berapa ramaikah diantara kita yang boleh memiliki kesabaran seperti itu? Rasanya bukan setakat marah, nanti dibalas pula dengan caci-maki hamun dan sepak terajang. Jadi bagaimana kita nak contohi pemimpin yang suka mencarut, maki hamun dan menyebarkan fitnah? Lepas tu kononnya berceramah untuk memerangi Yahudi sedangkan sifat-sifat Yahudi menebal dalam diri sendiri? Itu hipokrit namanya. Jadi berjihadlah dalam diri sendiri sambil berjihad di luar.

Perbualan kami terhenti disitu disebabkan masa yang singkat. Sebelum beredar, Umar hanya tersenyum. kT akui, sudah mengenal Umar selama 8 tahun hanya sekali melihat dia marah. Marah pada boss sebab 'pekena' dia. Katanya, marah aku, bertempat.


Terima kasih Umar atas pendapatmu.....

Tiada ulasan: