Khamis, 8 Januari 2009

Nyanyi Lagu Lama


Merujuk kepada kenyataan Anwar dalam akhbar (klik), tak payahlah pengundi P36 terpedaya lagi. Cukuplah dengan apa yang terjadi di P44 pada PRK Permatang Pauh. Bak kata orang,"kena kencing".


Entah apalah yang Anwar mahu lagi. Kerana kuasa sanggup menggadai hak anak bangsa. Masih berangan-angan nak jadi Perdana Menteri Segera dengan kenyataan berbaur propaganda sensasi. Ingatlah, wahai Anwar. Ucapan anda sebenarnya tidak disenangi oleh segelintir penyokong PAS kerana mereka mengharapkan Hadi Awang yang menduduki kerusi Perdana Menteri bukannya kamu. Kita tolak serangan peribadi. Buat pengundi PRK KT pertimbangkan keadaan ini:




  • Kenapa Anwar menyibuk pasal kerusi PM untuk dia, bukannya wakil PKR yang bertanding?


  • "LALUAN KE PUTRAJAYA" slogan yang mempengaruhi kemenangan Anwar dicanang di PRK KT? tak kena tu. Lainlah kalau Hadi yang canang nak ke Putrajaya. Ini KT bukannya PP!


  • Berapa banyak janji yang pernah Anwar tunaikan VS berapa kali Anwar bohong?


  • Paklah dah nak berundur. Itu kan hasrat kebanyakan orang yang marah pada UMNO/BN?


  • Bolehkah kemenangan PAS di KT akan memastikan masa depan orang Melayu lebih baik?


  • Dengan keadaan semasa, hak istimewa Melayu dicabar, adakah Anwar mempertahankannya?


  • Hudud? Anwar setuju ker? Tanyalah dia. Nak lagi best, tanya dia dihadapan Lim Kit Siang / Karpal Singh.


  • Majoriti mudah yang BN ada sekarang ini adalah cukup kuat berbanding majoriti r.a.p.u.h yang PR canangkan itu.


  • Berapa kali Anwar tunda tarikh peralihan kuasa?


  • Setiap kali sidang akhbar, mengapa perlu 'supporter' untuk jawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan? Tak confident ke?




Rasanya cukuplah setakat tu dulu. Takkan kita nak biar orang 'kencing' lagi.......

2 ulasan:

gotahlantun berkata...

Salam...

Dulu2..ada orang tua kata...
Kalau guru kencing berdiri, Anak murid kencing berlari...

DSAI ni dah tak seperti itu...
DSAI dah kencing dalam BEKAS...

Tanpa Nama berkata...

iyo lah tu gotahlantun...
lepas dio koncing dalam bekas, bagi kat penyokong dio minum.....
mendalam maksud ko nih......