Rabu, 31 Disember 2008

Bekas Pengerusi SPR mahu saman pembangkang




Gitulah kalau orang lain buat apa pun tak kena. Air tenang jangan disangka tiada buaya. Kalau betullah apa yang Tan Sri Rashid akan lakukan kT nak ucapkan tahniah.


Kena tegas. Jangan biarkan fitnah berleluasa. Semoga selepas ini tiadalah lagi pihak yang berani melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya terhadap SPR.


Pada pendapat kT, tindakan Tan Sri Rashid adalah serampang dua mata. Membersihkan namanya sepanjang menjadi pengerusi SPR dan juga meningkatkan kredibliti SPR itu sendiri. Kalau tak ada langsung apa-apa tindakan nanti orang akan menganggap segala cerita dan tohmahan itu benar belaka.


Sekurang-kurangnya kakitangan SPR kini akan lebih bersemangat untuk bertugas sebagai badan yang bertanggungjawab menyuburkan demokrasi di Malaysia.


Sekali lagi tahniah buat Tan Sri Rashid kerana tidak terburu-buru atau melatah dengan tohmahan yang dilemparkan. Buktinya, beliau sanggup menunggu sehingga bersara dan mendapatkan nasihat peguam terlebih dahulu setelah semua bukti dikumpulkan. Maka, penabur fitnah itu pasti akan menjadi seperti cacing kepanasan nanti.....

Ahad, 28 Disember 2008

penakut oh penakut

Mengenai laman blog yang menghina Nabi baru-baru ini menandakan keprihatinan skuad pemantau blog BPN dalam menganani isu-isu sensitif seperti ini. Namun kT rasa masih ada dikalangan musuh yang tak dapat dikesan, dayus atau penakut menggunakan identiti orang lain.

Seandainya penakut(kT gunakan istilah ini) itu adalah dikalangan orang bukan Melayu/ bukan Islam maka kT rasa tidaklah begitu gusar kerana akidah penakut seperti itu KITA sedia maklum mereka umpama anjing menyalak bukit. Yang kT gusar jika penakut itu adalah dikalangan umat Islam sendiri, maka di manakah letaknya iman penakut tersebut sanggup menghina sedemikian rupa untuk apa?

Pastinya orang yang paling bodoh sekalipun tidak sanggup melakukannya jika masih ada iman. Sepeti juga dengan beberapa bloggers yang lain, kT rasa agenda utama penakut itu untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan umat Islam dinegara ini. Kalau untuk publisiti, banyak cara lain yang boleh digunakan. Namun cara paling mudah ialah 'menjolok sarang tebuan'.


YA ALLAH! KUPOHON PADAMU AGAR PENULIS BLOG YANG MENGHINA KEKASIHMU ITU ADALAH BUKAN DIKALANGAN SAUDARA SEAGAMAKU.......

Kepada sahabat-sahabatku di BPN, teruskanlah usahamu. kT akan terus menyokong kerana perjuangan KITA masih jauh. kT pasti akan tumbuh anasir-anasir seperti penakut selepas ini.

kepada penakut, 'jerat tidak pernah lupakan penakut'. Suatu hari nanti kamu akan diperangkap. Ini ikrar kT. Kalau di dunia penakut terlepas, hitungkanlah di akhirat nanti......

Jumaat, 26 Disember 2008

Apa tindakan KITA?

kT terkejut dengan paparan dari Buletin Utama TV3 tadi. tersentap rasanya jantung kT. maka dengan ini kT tangguhkan dulu posting2 yg ada untuk fokus pada isu ini.
Dec 26, 2008

BLOGGER PEMBELA NEGARA ( BPN ) TERHADAP BLOG HINA AGAMA ISLAM ~ Malaysiakini
KENYATAAN MEDIA
BPN memandang serius blog blog yang menghina Islam dan juga Nabi Muhammad yang semakin berleluasa sekarang... Ia menggunakan identiti yang disyaki palsu dan sangat berani menyentuh sensiviti agama Islam termasuk menghina Nabi orang Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
Beberapa blog telah seperti http://surind.blogspot.com/ , http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ termasuk terbaru blog http://adibahahmad.blogspot.com/ adalah antara blog blog yang telah dikenal pasti menggunakan ruang siber untuk mengguris hati umat Islam di seluruh dunia..
BPN akan melawan habis habisan blog yang telah berani secara terang terangan mencemar kesucian agama Islam sedangkan umat Islam tidak sedikitpun disuruh menghina agama lain, demi memelihara keamanan dan kestabilan negara Malaysia.
BPN menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas terhadap blogger tersebut yg sengaja ingin merosakkan perpaduan rakyat M'sia yg berbilang bangsa & agama.
BPN juga tidak akan membenarkan blogger muslim menghina agama agama lain bahkan akan menuntut mereka menghormati kepercayaan agama selain Islam meskipun dalam masa yang sama tetap beriman dengan penuh keyakinan bahawa Tuhan yang Esa ialah Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Nya..
Yang Benar,
PANGLIMA PERANG CYBER
http://penembak-tepat.blogspot.com/
Yang Dipertua,
Blogger Pembela Negara ( BPN )
Blog rasmi BPN : http://parlimenbpn.blogspot.com/

Khamis, 25 Disember 2008

antara 1430 dan 2009




















ANDA ZERO ATAU HERO?




Apa ada dengan angka? Tahun baru yang tidak bermakna jika kita masih di tahap yang sama. Barangkali ada yang naik dan ada yang turun. Zero atau Hero? kita yang tentukan halatuju hidup kita tetapi semuanya terjadi hanya dengan izinNYA.



Bagi kT, tahun ini adalah tahun yang paling bermakna kerana kT alami kedua-dua pengalaman iaitu sebagai Hero pada awal tahun tetapi bertukar menjadi Zero pada pertengahan tahun.






Ketika berada dikemuncak kerjaya, kT terpaksa meletak jawatan demi memastikan kebajikan keluarga dalam keadaan terurus. Satu tindakan yang kT anggap berani dan berisiko. Namun nasib tak menyebelahi kT apabila ekonomi dunia merudum dan terus merudum pada masa yg sama harga minyak naik dan terus naik.



Tanpa sumber pendapatan, bagaimana hendak beri nafkah untuk keluarga, bayar ansuran kereta, rumah, insuran, bil-bil, dll..... ? Bagai nak gila bila dikenangkan kembali waktu itu.


Alhamdulillah, kT mendapat pertolongan dari ibubapa dan mentua yang begitu memahami situasi kT. Entah macamanalah nak balas pertolongan yang telah diberikan.


Buat warga pendidik, kT ucapkan selamat maju jaya. Semoga segala bakti dan jasa yang anda curahkan akan melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berwibawa untuk terus memakmurkan Malaysia dan mempertahankannya. Untuk pengetahuan semua, ibubapa kT adalah bekas pendidik. Isteri kT juga seorang pendidik.


Buat warga pelajar, tuntutlah ilmu dengan sepenuh tumpuan. Ia akan jadi bekalan yang sangat berguna di masa hadapan kelak. Janganlah lalai terhadap tanggungjawab anda terhadap Agama dan taatlah kepada kedua ibubapa. kT doakan semoga sinar tahun ini lebih baik buat semua....










Selasa, 23 Disember 2008

Salam Perkenalan

Pada hari ini, 23 Disember 2008 jam 12:17 am maka bermulalah hidup saya dengan blog. Atas permintaan sahabat bloggers sekalian maka saya perkenalkan blog saya sendiri.


Terima kasih atas sokongan sahabat yang mendorong saya untuk menulis dalam blog ini. Bukannya saya pandai blogging tapi atas dorongan sahabat sekalian, maka lahirlah blog yang tak seberapa ini sebagai tanda terima kasih. Semoga dapatlah kita bertukar-tukar fikiran demi memajukan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair kita, Malaysia.